Jadual Perlawanan dan Carta Kedudukan Kumpulan E (Keputusan Piala Asia 2024 Malaysia)
Jadual Terkini dan Tarikh Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026
Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih, Kim Pan-Gon akan beraksi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Perlawanan kelayakan ini akan berlangsung bermula Oktober 2023 hingga November 2025.
Untuk pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 ini, sebanyak 36 pasukan telah diundi dan dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang mana setiap kumpulan dihuni oleh empat pasukan
Bagi kempen kejohanan berprestij ini juga, Malaysia telah diundi berada dalam Kumpulan D bersama Chinese Taipei, Kyrgystan selain sebuah negara yang mempunyai ranking FIFA tertinggi di dalam kumpulan ini iaitu Oman
Mengenai format kempen pusingan kelayakan, juara kumpulan dan naib juara kumpulan akan layak ke Piala Asia 2027 dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Manakala empat pasukan tempat ketiga terbaik akan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027
Perlawanan akan berlangsung secara Home dan Away dimana setiap pasukan mempunyai kelebihan untuk beraksi di gelanggang sendiri dan juga perlu berkunjung ke gelanggang lawan untuk menerima cabaran
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Asia 2023 – Pusingan 3
Sebanyak 24 pasukan (22 pasukan yang mara dari pusingan kedua dan 2 pasukan yang mara dari pusingan play-off) akan bertanding di pusingan ketiga untuk bersaing untuk 11 slot terakhir di Piala Asia 2023
24 pasukan akan dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan untuk bermain perlawanan “one round robin” dalam kumpulan masing-masing
Disebabkan tuan rumah 2023 China mara ke kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pusingan ketiga, slot automatik untuk tuan rumah tidak lagi diperlukan. Ini bermakna sejumlah 11 slot untuk Piala Asia tersedia dari pusingan ini (juara kumpulan dan 5 pasukan tempat kedua terbaik kumpulan). di mana mereka disertai oleh 12 pasukan yang sudah layak secara langsung dari pusingan kedua
Pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 akan dilangsungkan dari 11 November 2021 hingga 14 Jun 2022 manakala pusingan Play-off akan diadakan dari 2 & 7 September dan 7 & 12 October 2022 *Tarikh yang tepat akan dikemaskini jika ada perubahan dari masa kesemasa.
Pada majlis undian Pusingan ketiga Kelayakan Piala Aisa 2023, Malaysia telah dipilih sebagai Tuan Rumah bagi semua perlawanan melibatkan Kumpulan E yang akan berlangsung dari 8 Jun hingga 14 Jun 2022.
a) Kelayakan Piala Asia 2023 (3rd round)
b) Kelayakan Piala Asia 2023 (Play-Off)
Berikut senarai nama 23 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk membawa cabaran skuad Harimau Malaya pada tiga perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pemain yang digugurkan adalah penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Liridon Krasniqi, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari. Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan
* Malaysia layak ke Pusingan Akhir Piala Asia 2023 di Qatar pada bulan Januari 2024
Related : dua pasukan, kumpulan akan layak ke piala dunia 2026/piala asia 2027, arab saudi, kanada mexico dan amerika syarikat, tempat lawan, pusingan keempat, tempat ketiga dan keempat, 48 pasukan,
Sejarah Ringkas Kelayakan Piala Dunia Pasukan Malaysia
Pasukan bola sepak Malaysia pertama kali dan terakhir bermain pada aksi kelayakan piala dunia ialah pada 17 Mei 1973.
Perlawanan antara pasukan negara menentang Hong Kong ketika itu, menyaksikan Malaysia tewas 0-1.
Walaupun era kegemilangan bola sepak Malaysia berada pada tahun 70an sehingga 80an. Namun malang, nasib pasukan Malaysia yang sering terkandas di pusingan kedua.
Kini, setelah hampir 50 tahun menanti peluang, Harimau Malaya di bawah pimpinan jurulatih Kim Pan-gon dilihat mampu memberi sinar cahaya kepada pasukan kebangsaan.
Keputusan Undian Kumpulan Piala Asia 2023
Berikut senarai akhir nama 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menghadapi kempen Piala Asia 2023
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala Asia 2023 – Kumpulan F
Senarai Pemain Skuad Malaysia
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon telah menyenaraikan 26 pemain untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan kali ini. Senarai akhir pemain adalah seperti berikut:
Qatar muncul juara Piala Asia 2023 buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Lusail. Berikut dikongsikan keputusan lengkap kejohanan Piala Asia 2023 dari peringkat kumpulan, kalah mati dan final.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 – Pusingan 2
i) Top 2 dalam kumpulan layak ke Pusingan Ketiga (3) Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia & Piala Asia 2027
ii) 2 pasukan terbawah kumpulan akan beraksi di Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027
Status Malaysia Selepas Tamat Saringan Peringkat Kumpulan
Senarai Pemain Malaysia
Selepas insiden disimba asid yang menimpa Faizal Halim baru-baru ini, sudah pastinya hasrat Malaysia untuk melihat aksi beliau meneruskan perjuangan bersama-sama pemain yang lain punah.
Dalam satu kenyataan media, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, Faisal dinasihatkan untuk mengutamakan kesihatan dan memberi tumpuan untuk memulihkan kecederaan yang beliau alami selepas disimbah asid.
Seorang lagi pemain kebangsaan Akyar Rashid yang turut terlibat dengan insiden malang, kes samun sehingga mengalami kecederaan di kepala diberitakan sudah sembuh dari kecederaan yang di alami.
Berikut adalah senarai 25 pemain yang akan mewakili pasukan kebangsaan Malaysia untuk Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 bertemu Republik Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun 2024 dan menerima kunjungan Chinese Taipei di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024!